Selasa, 29 Januari 2013

Perkembangan Bayi dalam Rahim Menurut Islam...


1-Peringkat kejadian ‘an-nutfah’ – نُطْفَةً -
              Ini adalah fasa persenyawaan di antara benih lelaki dan benih wanita sehingga berlakunya implantasi (embryo mula melekat kepada rahim)sperm 1 300x225 Perkembangan Janin & Bukti Kebenaran al Quransperm and ovum Perkembangan Janin & Bukti Kebenaran al Quran
خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ مِنْ سُلَالَةٍ مِنْ طِينٍ  وَلَقَدْ
• نُطْفَةً فِي قَرَارٍ مَكِينٍ   ثُمَّ جَعَلْنَاهُ
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati dari tanah. Kemudian Kami jadikannya air mani (yang disimpan – nutfah) dalam tempat yang kukuh (rahim).”  - surah al mukminin ayat 12-13
ovum lg 300x193 Perkembangan Janin & Bukti Kebenaran al QuranNutfah , sebagaimana dijelaskan oleh Rasulullah saw apabila ditanya oleh seorang Yahudi mengenai kejadian manusia  : ” Manusia dicipta daripada kedua-dua, daripada nutfah lelaki dan nutfah seorang wanita ” (Diriwayatkan – Musnad Ahmad, Jilid 1, ms 465) .
Ini adalah proses perpindahan embryo sehingga berlakunya implantasi (janin melekat di rahim)
fertilisation implantation 300x226 Perkembangan Janin & Bukti Kebenaran al Quran
Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari seorang lelaki dan seorang wanita…” –Surah Al-Hujraat  : Ayat 13 
2-Peringkat kejadian al’alaqah –  الْعَلَقَةَ  - 
   Fasa permulaan embrologi -(early embyogenesis) apabila organ janin yang primitif mula dibentuk.Apakah yang dikatakan ‘alaqah ( الْعَلَقَةَ ) ?
Di dalam Bahasa Arab, ‘Alaqah ( الْعَلَقَةَ ) mempunyai 3 erti.
i-Yang tergantung (janin yang bergantung di dalam rahim ibunya)
suspended Perkembangan Janin & Bukti Kebenaran al Quran
ii-Lintah atau leech (janin menyedut atau mengambil makanan di dalam rahim ibu)
ch1 1 a img1 300x155 Perkembangan Janin & Bukti Kebenaran al Quran
iii-Ketul darah – morfologi ‘alaqah seumpama ketul darah sebelum terbentuknya sistem peredaran darah yang sempurna.
bllod circulation Perkembangan Janin & Bukti Kebenaran al Quran
ثُمَّ خَلَقْنَا النُّطْفَةَ عَلَقَةً فَخَلَقْنَا الْعَلَقَةَ مُضْغَةً فَخَلَقْنَا الْمُضْغَةَ عِظَامًا فَكَسَوْنَا الْعِظَامَ لَحْمًا ثُمَّ أَنْشَأْنَاهُ خَلْقًا آخَرَ فَتَبَارَكَ اللَّهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ
Kemudian nutfah itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu (‘alaqah) Kami jadikan segumpal daging (mudghah), dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maha Suci Allah, Pencipta yang paling baik. -Surah al-Mukminun ayat-14

Alaqah 300x234 Perkembangan Janin & Bukti Kebenaran al Quran
Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud : “ Pada setiap seorang daripada kamu, semua bahagian (anggota) ciptaan dikumpulkan di dalam rahim ibumu dalam masa 40 hari”. -Hadith shahih riwayat Bukhari & Muslim 
3-Peringkat kejadian mudghah - الْمُضْغَةَ   - 
Mudghah adalah peringkat pembentukan organ yang lebih sempurna selepas fasa ‘alaqah.Mudghah bererti ‘bahan yang dikunyah’. Ini dibuktikan kebenarannya apabila kajian sains mendapati  morfologi janin pada ketika ini seolah=olah seperti kesan bahan yang dikunyah.mudghah compare 215x300 Perkembangan Janin & Bukti Kebenaran al Quranmudhghah 28 hari Perkembangan Janin & Bukti Kebenaran al Quran
Bayi berumur 8 minggu
8 minggu Perkembangan Janin & Bukti Kebenaran al Quran
Seluruh organ tubuh utama bayi telah terbentuk meskipun belum berkembang sempurna. Mata dan telinga mulai terbentuk. Jantung berdenyut dengan semakin kuat. Dengan ultrasound kita dapat melihat jantung janin ini berdenyut dengan agak laju.
scan 8 weeks 300x227 Perkembangan Janin & Bukti Kebenaran al Quran
Bayi ketika berusia 12 minggu
organogenesis – pembentukan organ-organ bayi telah pun lengkap tetapi belum matang secukupnya)
12 Week Fetus1 300x221 Perkembangan Janin & Bukti Kebenaran al Quranscan 12 weeks four days 300x200 Perkembangan Janin & Bukti Kebenaran al Quran
Panjang janin sekarang sekitar 6,5 cm dan beratnya sekitar 20 gram. Kepala bayi menjadi lebih bulat dan wajah telah terbentuk sepenuhnya. Jari-jari tangan dan kaki terbentuk dan kuku mulai tumbuh. Bayi mulai menggerak-gerakkan kaki dan lengannya, tetapi ibu belum dapat merasakan pergerakan ini. 
Bayi ketika berusia 17-18 minggu 
Setelah melebihi 120 hari – (ensoulment – iaitu peniupan ruh telahpun berlaku)
18 WKS 300x300 Perkembangan Janin & Bukti Kebenaran al Quran17 weeks 300x225 Perkembangan Janin & Bukti Kebenaran al QuranPanjang janin sekarang sekitar 16 cm dan beratnya sekitar 50 gram. Dengan bantuan scan, kita dapat melihat kepala dan tubuh bayi secara lebih terperinci, kita juga dapat melihatnya bergerak-gerak. Ia menggerak-gerakkan seluruh kaki dan lengannya, menendang dan menyepak. Inilah tahap di mana kebanyakan ibu dapat merasakan gerakan bayi buat kali pertamanya. 
Ketika berusia 24 minggu
24 weeks Perkembangan Janin & Bukti Kebenaran al Quran
Sekarang panjang bayi sekitar 32 cm dan berat puratanya 500 gram. Ibu dapat merasakan bahagian-bahgian tubuh bayi yang berbeza yang menyentuh dinding perutnya. Otot rahim ibu sekain merenggang dan kadang kala ibu mula merasakan sakit di bahagian perutnya. 
Ketika bayi berusia 30 minggu
30 week fetus 300x254 Perkembangan Janin & Bukti Kebenaran al Quran
Kepala bayi sekarang sudah mula seimbang saiz dengan tubuhnya. Ibu mungkin mengalami tekanan di bahagian pernafasan dan perut. Sekarang berat bayi sekitar 1200-1500 gram dan panjangnya sekitar 40 cm.
Ketika berusia 36 minggu
38weeks Perkembangan Janin & Bukti Kebenaran al Quran
Bayi sudah hampir sepenuhnya matang. Dia mula turun ke rongga tempat ibu melahirkan nya. Kulit bayi sekarang  semakin halus dan tubuhnya montok. Apabilad dia bangun, matanya terbuka dan dia dapat membezakan di antara terang dan gelap. Sekarang kepanjangan bayi sekitar 50 cm dan beratnya berkisar antara 2500 hingga 3000 gram. Ibu harus semakin bersedia untuk menyambut kedatangan si dia ke alam dunia.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar